Monday, 21 November 2011

A. Kata Kerja Transitif

Kata kerja terbahagi kepada :
A. Kata Kerja Transitif  ( Perbuatan Melampau )
B. Kata Kerja Tak Transitif ( Perbuatan tidak Melampau )


1. Kata Kerja Transitf ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda
    lain. Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut ( objek ).
2. Ayat ini mesti ada peyambutnya ( objek )
3. Kata kerja ini biasanya mempunyai imbuhan ‘me-‘ sama ada sebagai awalan atau
sebahagian daripada imbuhan contohnya mengambil, mendermakan, membacakan,
menduduki, mempersilakan.
1. Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti disertai oleh objek, iaitu kata nama.
    Contohnya: Atan mendengar radio.
                        mendengar ialah kata kerja transitif
                        radio ialah objek (kata nama)
    Kata kerja transitif menggunakan imbuhan men, men ...i, men ...kan, memper, memper...i,    
    dan memper...kan. Contohnya:
Contoh ayat :
1. Kucing itu menangkap seekor burung.
2. perempuan itu menjual sayur.
3. Bapa sedang menulis surat.

Dalam ayat pertama:
Kucing ialah pembuat, menangkap ialah perbuatan melampau dan seekor burung ialah benda yang kena buat atau penyambut.
Dalam ayat kedua:
Perempuan ialah pembuat, menjual ialah perbuatan melampau dan sayur ialah benda yang kena buat atau penyambut.
Dalam ayat ketiga:
Bapa ialah pembuat, menulis ialah perbuatan melampau dan surat ialah benda yang kena buat
atau penyambut.



(a)     Pak Abu menjala ikan.
(b)     Orang ramai diminta menjauhi kawasan itu.
(c)      "Kita tidak harus membiarkan perkara ini berterusan," kata ketua kampung.
(d)     Jangan suka memperdaya orang yang bodoh.
(e)     Untuk memperbaiki mutu lakon & SHY anda perlu selalu berlatih.
(f)      Pihak polis mempertemukan ibu itu dengan anaknya.

Subjek ( pembuat )
Kata kerja transitif
penyambut ( Objek )
Dia suka
membaca
buku
Jamilah
memukul
seekor ular
Abidin
menjual
kuih-muih
Ramli
berjalan
ke sekolah
Kereta itu
melanggar
seekor lembu

B. Kata Kerja Tak Transitif

Kata kerja tak transitif  ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu sendiri
 kepada diri pembuat itu sendiri, tidak kepada benda atau orang lain. Oleh itu ia tidak  
 mempunyai penyambut.

Contohnya :
1. Mereka berjalan pada hari cuti.
2. Anjing itu sedang tidur.
3. Hujan turun dengan lebatnya semalam.

Dalam ayat pertama:
Mereka melakukan berjalan, tidak kepada benda lain.
Dalam ayat kedua:
Anjing melakukan tidur, tidak kepada benda lain.
Dalam ayat ketiga:
Hujan melakukan turun, tidak kepada benda lain.



Subjek ( pembuat )
Kata kerja tak Transitif
keterangan
Kami
mandi
di tasek itu.
Dia
senyum
semasa berjalan
Saya
menyanyi
dengan kuat
Hassan
berjalan
ke sekolah

Kata Kerja Tak Transitif

1. Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat berdiri sendiri dalam ayat, yakni  
    tidak memerlukan objek lagi.
2. Kata kerja tak transitif ada yang berbentuk asal dan ada yang berimbuhan ber, men, ter,
ber... an, dan ber...kan. Contohnya:
(a) Ravi belum datang lagi.
(b) Muridmurid sedang belajar.
(c) Sungai itu mengalir deras.
Peringatan
Tiap-tiap kata kerja tak transitif boleh dijadikan kata kerja transitif dengan menambah ‘kan’ atau ‘ I’ di hujungnya.
Contoh ayat:
1. Mereka menjalankan jentera itu.
2. Emak sedang menidurkan adik.
3. Pekerja itu menurunkan barang-barang dari atas lori.
4. Halim mengikuti perbualan mereka.
5. Saya sudahi syarahan saya ini dengan ucapan salam. 

Kata Kerja Pasif

1. Kata kerja pasif ialah kata kerja yang berasal daripada kata kerja transitif tetapi yang
tidak berawalan men.
Contohnya: angkat, atasi, berikan, percepat, pelajari, persilakan, dan sebagainya.
2. Ada tiga jenis kata kerja pasif.
 (a) kata kerja pasif diri pertama
 (b) kata kerja pasif diri kedua
 (c) kata kerja pasif diri ketiga
3. Kata kerja pasif diri pertama ialah kata kerja pasif yang berimbuhan ku-.
    Contohnya: kuangkat, kuatasi, kuberikan, kupercepat, kupelajari, dan kupersilakan.
4. Kata kerja pasif diri kedua ialah yang berimbuhan ka-.
    Contohnya: kauangkat, kauatasi, kauberikan, kaupercepat, kaupelajari, dan kaupersilakan.
5. Kata kerja pasif diri ketiga ialah yang berimbuhan di-.
    Contohnya: diangkat, diatasi, diberikan, dipercepat, dipelajari, dan dipersilakan 

Presentation Slide

Latihan 1:

Bulatkan jawapan yang betul:
1) 
 Pak Mail memang pandai _____________ biolanya.

A.
memainkan

B.
menggesek

C.
memutarkan

D.
memetikkan

2) 
 Jamilah sedang ____________ perasaan marahnya terhadap Zainab.

A.
mengawalkan

B.
mendiamkan

C.
menyimpankan

D.
memaksakan

3) 
 Luqman tidak dapat __________ kesakitan di kakinya lalu menangis.

A.
menunjuk

B.
merasa

C.
menahan

D.
melihat

4) 
 Ibu Azimah telah ___________ saya ke majlis hari jadinya Ahad ini.

A.
menyuruh

B.
menjemput

C.
memanggil

D.
menghalau

5) 
 Raja Aman Shah telah _____________ negerinya dengan adil dan saksama.

A.
mentitah

B.
mengawal

C.
memerintah

D.
mengundang


Latihan 2 :

Gariskan kata kerja yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah. Kemudian, nyatakan sama ada kata kerja itu kata kerja transitif atau kata kerja tak transitif di belakang ayat.

1) Encik Shaari mengasah parang-parang itu sehingga tajam.
2) Rohaimi selalu mandi di sungai itu dengan kawan-kawannya.
3) Puan Maria menyiram pokok-pokok bunga orkidnya pada waktu petang.
4) Azila sedang menidur adiknya di dalam buaian.
5) Zulkarnain mengisi borang permohonan untuk memasuki maktab itu dengan teliti.        
6) Penyanyi baru itu menyanyi dengan penuh semangat.
7) Murid-murid Tahun Enam Anggerik sedang berlatih di dewan sekolah.
8) Abang Azhar pergi ke bandar dengan menunggung motosikal.
9) Rosli terjatuh ke dalam longkang di hadapan rumahnya petang semalam.
10) Monyet itu memanjat pokok kelapa untuk mengambil buah kelapa muda. 

Latihan 3:

Pilih kata kerja yang paling tepat bagi soalan di bawah.
1. Imam Masjid Othmaniah itu sedang...........(mengaminkan,membacakan) doa sempena  
majlis kesyukuran Maal Hijrah.
2. Suasana menjadi hiba apabila jenazah itu mula..........(dibawa,diusung) ke tanah perkuburan.
3. Mak Siti sedang ............(meraut, mengait) lidi untuk dijadikan penyapu.
4. Daging lembu itu perlu................(diperap, direndam) dengan bahan-bahan seperti kunyit,
garam dan serai sebelum dipanggang.
5. Sebelum menumis kita perlu...............(meratah, meracik) bawang merah dan putih sebagai
perencah masakan.
6. Ali.............(menuntun, menonton) basikalnya kerana tayar basikalnya bocor.
7. Setiap minggu Kak Lijah akan...............(mengelap,menggilap) barangan tembaganya
supaya kelihatan bersinar sentiasa.
8. Air yang tumpah di atas meja perlu.................(dilap,dikesat) supaya kering dengan
menggunakan kain.
9. Rambut Suraya yang panjang itu perlu............(dijalin, ditekat) supaya kelihatan rapi.
10. Baju yang dipakainya agak.............(menjolok, menyelakkan) mata hingga menjadi bualan
  orang lain.
11. Tukang masak itu sedang................(menanak, merendang) daging untuk hidangan majlis
  perkahwinan.
12. Untuk membuat roti canai, tepung perlu.............(diuli, dicanai) untuk menjadikan dohnya lembut dan gebu.
13. Nenek Sarah sedang ......................(mengukur,menyabit) kelapa untuk dibuat kerisik.
14. Ranting-ranting pokok itu perlu................(dipangkas, dicantas) supaya menjadi lebih rendang.
15. Parang yang telah.....................(dikikis, diasah) itu amat tajam dan berkilat.